Sunday, May 1, 2011

Salah Tanggap

Alkisah….maka tersebutlah sebuah kisah…seorang budak lelaki pulang kerumah setelah pulang daripada sekolah.Setibanya dia dirumah, terdapat perkara yang tidak menyenangkan hatinya….Ibunya berleter tak habis-habis..Budak lelaki tu pun dah naik cemuih(boring) mendengar leteran ibunya..

Setelah 15 minit berlalu si anak mula melawan cakap ibunya…pung pang pung pang kelepak 2x kelepung 2x…dah macam bunyi kompang la plak bunyi dua beranak ni betengkar….setelah bertengkar dengan ibunya,si anak nekad untuk melarikan diri daripada rumah(tindakan yang salah) hingga terlupa untuk membawa bersamanya sehelai pakaian mahupun duit..

Budak lelaki itupun terus merayau tanpa hala tuju..berjalan tawaf mengelilingi pusat membeli belah, pusat-pusat hiburan,pendek kata habis satu bandar dah dipusingnya..Bila mentari mula nak menyorokkan diri..budak ini baru tersedar bahawa dia masih belum makan semenjak pagi tadi.. “Sudah la tak sempat nak sarapan,balik sekolah pun tak sempat nak makan gak” rungut budak lelaki itu seorang diri.

Sedang budak itu berjalan-jalan dia melintasi sebuah restoran….dia kembali teringat perutnya yang belum diisi sejak pagi tadi..ditambah pula aroma makanan yang menggembirakan hati orang yang berisi poketnya, malangnya dia terkecuali..Dia termenung malihat pelanggan-pelanggan yang sedang enak menikmati rezeki mereka…timbul perasaan menyesal di lubuk hatinya kerana lari meniggalkan rumah…oh tidakk..egonya menghalang dirinya daripada menyesal….“Dik” ..tersedar budak itu daripada lamunanya..tauke restoran itu menyapanya…

Adik nak makan? tanya tauke itu lagi..budak itu mengangguk perlahan dan mengatakan dia tidak mempunyai duit…

“Tak pa aih, mai pakcik belanja,adik nak makan apa?”

Berlinang air mata budak lelaki itu…tauke tu pun naik berkerut dahi..apa kena budak ni? Aku nak belanja makan pun dia menangis..dia ingat aku bubuh racun kat dalam nasik ka?

“Kenapa dik?”tanya tauke itu kehairanan.

“Saya terharu dengan kebaikan pak cik..pak cik baru kenal saya dan saya
pun baru kenal pak cik, tapi pak cik dah belanja saya makan..tapi mak saya
marah saya walaupun dah kenal saya sejak kecil.”cerita budak itu teresak-
esak..

“Adik,adik…..tak betul apa yang adik buat tu..mana boleh adik lari daripada
rumah camtu..pak cik baru baru belanja adik sepinggan nasik adik dah
terharu..tapi mak adik tu dari adik kecik sampai sekarang dia masak untuk
adik…bukan masak saja, jaga adik sejak dlm kandungan lagi..pernah tak adi
terharu dengan jasa emak….pak cik cuma beri makan saja…tak pernah jaga
kamu pun…lepas makan ni cepat-cepat balik rumah.pasti emak adik dah
risau tu..

Terkesima budak lelaki tu dengar syarahan tauke tu…alangkah baiknya kalau setiap individu ada bakat cam tauke tu..mesti dah takde lagi kes-kes lari dari rumah ni.Lepas makan budak tu pun bergegas pulang ke rumahnya…seperti yang dikatakan oleh tauke tu, emak amna yang tak risaukan anaknya walau macamana marah pun dia pada anaknya..terus budak tu peluk dan cium emaknya sambil meminta maaf..

Seringkali kita tersalah dalam menilai sesuatu…pasti sukar untuk melihat setitik dakwat hitam di atas kain hitam, tetapi sangat mudah untuk melihat dakwat hitam itu di atas kain putih….orang yang selalu melakukan sangat mudah untuk melihat keburukan yang dilakukanya walaupun sedikit,tetapi jika seseorang itu selalu melakukan keburukan pasti keburukan yang dijadikan selepas itu tidak dihiraukau walaupun lebih besar berbanding orang yang selalu melakukan kebaikan tadi…..Belajarlah menghargai jika mahu dihargai….Wassalam.

No comments:

Post a Comment