Wednesday, October 12, 2011

LU LANGSI,GUA KONGSI

Assalamualaikum.Alhamdulillah kerana masih diberi rahmat oleh Allah untuk hamba ini menggerakkan jari bagi melebarkan sayap dakwah agama yang diredhai disisi Allah ini.Ilmu yang dimiliki tak setinggi Al-Ghazali,apatah lagi Imam Syafie,yang mampu cumalah berkongsi..Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkinjuga ramai yang belum tahu.Saya ingin berkongsi satu laman web yang mungkin dapat membantu anda jika terdapat kemusykilan tentang agama..Laman yang ingin dikongsi ialah http://drmaza.com Penulis ialah mantan mufti Perlis iaitu Dr. Mohd Asri b Zainul Abidin...Antara yang menarik di laman beliau ialah:

INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)



Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.



Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul.


Baca selanjutnya…




Selain itu beliau juga ada menulis puisi yang menarik berkaitan kehambaan,siasah dan lain-lain..Antara puisi beliau:






Banyak lagi di....

MAI TENGOK


SEJARAH: FAKTA, KRITIKAN DAN TAFSIRAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)



Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.



Teruskan membaca..>>

Itu sahaja yang boleh dikongsi bersama pembaca..Moga kita mendapat manfaat daripada laman ini..Tapi ingat! Jangan hanya membaca..Menuntut ilmu perlu berguru...Jangan terlalu menjadika bahan tak bernyawa ni sebagai guru..Selamat melayari...