Saturday, February 5, 2011

Matlamat Hidup Sebagai Seorang Hamba

Seorang lelaki baru berkahwin dan pada suatu hari isterinya meminta dia untuk membelikan sebentuk cincin yang hanya terdapat disebuah kedai yang terlatak jauh dari rumah mereka. Walaupun keberatan, namun atas dasar sayang terhadap iseterinya, maka dituruti jua kehendak isterinya.Maklumlah orang baru berkahwin.Sayang intan payung,berlian, zamrud dan pelbagai lagi ungkapan manis yang terlontar dari lidah si suami.

Si suami sebenarnya tidak pernah pergi ke tempat yang dinyatakan oleh isterinya itu dan dia hanya berpandukan kepada panduan yang diberikan oleh isterinya di samping seorang petunjuk arah.Nak dijadikan cerita, ketika berada di dalam perjalanan ke destinasi yang ditujui, si suami berjumpa dengan rakan lamanya dan rakannya mengajak singgah di rumahnya buat seketika.Petunjuk arah yang ditugaskan oleh isterinya itu menasihatinya agar tidak melengahkan waktu terlalu lama di rumah rakannya itu kerana mereka mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan dan kedai cincin itu akan ditutup menjelang senja.

Akibat terlalu alpa bersama rakannya, apabila mereka sampai dikedai itu, kedai itu telah ditutup dan mereka pulang ke rumah dengan penuh kehampaan.Si suami terlalu menyesal kerana terleka dirumah rakannya hingga tidak sedar masa pantas berlalu.Setibanya mereka di rumah, si isteri yang sudah menunggu sejak pagi dengan penuh harapan apabila, si suami pulang dengan tangan kosong, maka penantian yang memenatkan itu menjadi seperti minyak petrol yang disimbah ke dalam api kekecewaan kerana suaminya tidak membawa pulang cincin yang dihajatinya.Maka suaminya menjadi bahan melepaskan amarahnya…


Cerita ini adalah rekaan semata-mata bagi menyampaikan mesej sebenar yang ingin diperkatakan.Sejak di alam roh lagi kita telah berjanji kepada Allah bahawa Dia adalah tuhan kita.



Firman Allah yang bermaksud:

Allah bertanya kepada roh, “Bukankah Aku
Tuhanmu.Roh menjawab, Ya! kami akui Engkau
Tuhan kami”.
(Al-Araaf : 172)

Allah mengutuskan kita ke dunia sebagai khalifah di muka bumi ini..Dan bertujuan untuk beribadah kepada Allah.Allah maha adil..Allah tidak meninggalkan manusia di muka bumi ini terkontang kanting tanpa hala tuju serta panduan.Allah turunkan kitab suci Al-Quran yang mengandungi pelbagai mukjizat

Sebagai bonus Allah utuskan juga Nabi Muhammad SAW sebagai pembimbing kita.Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu tahap kemampuan akal seseorang manusia itu.Lalu nabi menjadi pembimbing kepada manusia untuk memahami Al-Quran serta menerangkannya dengan lebih terperinci.Dan terpulanglah kepada kita untuk mengikutinya atau tidak.Tidak ada sesiapa yang mampu mengubah diri kita melainkan dengan kemahuan diri sendiri.

Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum itu sehingga mereka mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri…
(Ar-Ra’du : 11)

Kita tidak akan tersesat selagimana berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Dan jika kesempatan yang ada di dunia ini dipersiakan maka, apabila sampai masanya kita akan kembali kepada Allah SWT, adakah kita mahu kita kembali dengan keadaan dimurkai oleh Allah ?

Seperti cerita yang saya kemukakan pada awalnya, matlamat si suami hanyalah untuk membeli sebentuk cincin buat isterinya, dan panduan serta petunjuk arah telah diberikan, namun akibat lalai dan tidak menurut kata petunjuk arah itu maka si suami gagal mencapai matlamatnya.Akhirnya dia pulang dan dimarahi oleh isterinya.

Jika tujuan kita hidup di dunia ini untuk beribadah, maka capailah tujuan itu sebelum semuanya telah terlambat.
Wallahualam